Wiki Peace
Advertisement
Muka depan Bab 4
Bab 4
Tajuk

Peace lwn. Black Oracle

Tajuk Inggeris

Peace vs. Black Oracle

Informasi
Arka

Arka Black Oracle

Tarikh Keluaran

26 Jun 2015

Navigasi
Sebelumnya
Bab 3
Seterusnya
Bab 5
Bab
Imej Bab 4

Peace lwn. Black Oracle adalah bab ke-4 dalam siri komik Peace oleh SNN95.

Pasukan Kean meneruskan misi menyelamatkan Yuufa. Mereka diserang hendap oleh ahli-ahli Black Oracle tetapi mereka dapat tanganinya dengan mudah. Mereka memecah masuk kubu Black Oracle dan bertemu dengan Zena. Dia menyatakan dalam masa tiga jam, kuasa Yuufa akan menjadi miliknya.

Ringkasan[]

Oggy, Sam dan Kean telah dikepung oleh ahli-ahli Black Oracle. Mereka mula menyerang ahli-ahli itu dan meninggalkan salah seorang untuk mendapatkan maklumat kedudukan lubuk Black Oracle, kerana maklumat yang diberi oleh Sky tidak berapa tepat. Raki memberitahu Zena akan kehadiran mereka dan didengari oleh Yuufa sambil memanggil nama Kean dengan lemah. Zena menyatakan dia akan menjemput mereka masuk.

Mereka menyerbu masuk bangunan Black Oracle dengan Oggy menyepak pintu hadapan. Oggy menjerit supaya Zena keluar. Zena menyapa mereka dan menegur kekasaran bahasa yang dilakukan oleh Oggy. Kesempatan ini diambil oleh Sam untuk membaling lembing kearah Zena. Zena sempat menghalang lembing itu dari terkenanya menyebabkan mata kirinya yang berwarna hitam yang tertutup dengan rambut terdedah. Zena menyindir mereka kerana serangan hendap itu. Zena juga mengertak mereka bahawa dia yang mengawal keadaan dan nasib Yuufa. Kean menyumpah dan Zena memberi amaran bahawa dalam masa tiga jam kuasa Yuufa akan menjadi miliknya; dan dia juga mengharapkan mereka boleh mengalahkannya. Zena hilang disebalik kegelapan sambil Oggy memanggilnya.

Oggy hampir diserang dari belakang oleh Raki tetapi dihalang oleh Kean. Kean menyatakan Oggy sebagai budak kecil; menyebabkan kemarahan Oggy. Kean mengarahkan Sam dan Oggy meneruskan pencarian Yuufa; dia pula menghadapi Raki. Sam dan Oggy berlari menerusi lorong gelap itu dan diihalang tiba-tiba oleh batang-batang besi. Mereka menoleh ke belakang dan mendapati Jess melakukannya. Sam menyapanya dan mengarahkan Oggy pergi mencari Yuufa. Sebaik sahaja Oggy pergi, Jess cuba mengahalangnya tetapi Sam mengahalang tembakan besi dari Jess. Sementara itu, Zena sedang berjalan ke biik di mana dia mengurung Yuufa. Mata sebelah kanannya mula berubah seperti mata kirinya. Dia menyatakan kuasa Yuufa akan menjadi miliknya tak lama lagi.

Susunan Watak Mengikut Kemunculan[]

Magik, Mantera dan Kelebihan yang digunakan[]

Magik[]

Mentera[]

Kelebihan[]

  • Tumbuk-menumbuk

Alatan[]

Navigasi[]

Tiada Arka Black Oracle Tiada
Tiada Bab-bab Tiada
1 | 2 | 3 | 4
Advertisement